Asasi UIA Engineering

Wednesday, March 23, 2011 27 Jejak Pembaca
السلام عليكم

setelah 2 sem saya belajar disini
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar
dan sekarang
sedang memulakan short sem
(boleh dikirakan sem 3 buat saya)

ni nak kasi idea sikit tentang asasi uia 
(especially engineering)
**yela..kan budak-budak SPM 2010 baru dapat result**

saya tak nak la..
cerita tentang apa kelayakan nak masuk
tapi nak cerita apa yang anda akan belajar

setelah anda selesai register masuk UIA
akan ada ta'aruf week
dalam kata lain orientasi
(selalu orang kata, orientasi kene buli la..dera la..itu la..ini la)

tapi UIA tak ada sebegitu
ya...saya ulang 
TIDAK ADA
semuanya baik-baik
committee memberi kerjasama yang baik

dalam ta'aruf week ni
anda akan buat perkara macam orientasi yang lain
tapi anda akan juga menduduki test
yakni EPT (english placement test)
dan APT (arabic placement test)

untuk EPT

test dia tak la susah mana
hanya objektif dan essay

untuk APT

anda tulis butiran diri je la
untuk yang tak ada basic

untuk engineering student
ada dua level je
siapa-siapa yang tak ada basic tu
konfem-konfem level 1
kalau ada basic sekolah menengah tu
boleh la ke level 2
atau pon exempted
(maksudnya tak perlu belajar arab disini)

EPT dan APT 

ia akan menentukan berapa lama anda akan berada di CFS
kalau anda dapat band/grade exempted
anda akan berada disini SATU tahun sahaja
TETAPI hanya berbelas sahaja yang berani ambil 

waktu ta'aruf week juga
anda akan mengambil test (lupa dah nama dia)
untuk menentukan tahap anda
anda perlu baca al-quran dan hafal ayat lazim
selepas itu anda akan disusun
sama ada anda akan ambil
  1. tilawah (baca al-quran je)
  2. fardhu ain (hafal surah lazim dan belajar fardhu ain)
  3. study circle (yang ni banyak dari sekolah agama je dapat)

untuk BI anda perlu lepas band 6 ke atas 
ataupun exempted
untuk masuk main campus (Gombak)

sesiapa yang dapat level 6 masa EPT tu nanti (macam saya)
anda perlu belajar 9jam seminggu
utk level 5 sama pon sama

tapi untuk level 3 dan 4
anda perlu belajar 16 jam seminggu
(agak memenatkan bagi pendapat saya)
so buat betul-betul

untuk pengetahuan anda
RAMAI YANG REPEAT BI
(termasuk saya)
sebab masa tu agak susah nak lepas
anda perlu writing band 6 dan ke atas
tetapi sem lepas
grade itu telah diturunkan ke
band 5.5
(dan saya telas exempted dgn cemerlang)

ya..
UIA amat mementingkan English
rasenya la

so anda perlu ambil BI setiap sem sampailah anda pass/exempted
saya mengambil 2sem

setiap sem anda akan ada final exam
ia terbahagi kepada 2
  1. writing and reading (objektif)
  2. speaking (macam muet)
~habis setakat EPT~

untuk APT
anda belajar la Arab
best jugak
**siyes best**
ramai yang pass la

kalau level 1
anda akan belajar dari basic
jangan risau
memang basic abesss

~tu je untuk APT~


disini anda akan ambil Math 3 kali :
  1. math 1 (lebih kpd algebra)
  2. math 2 (trigono plus probabilty,combination,permumation)
  3. math 3 (calculus) saya belum ambil lagi. senior kata boleh tahan susah

anda akan ambil Fizik 2 kali :
  1. Fizik 1 (lebih kurang macam SPM)
  2. Fizik 2 (saya tak ambil lagi. tapi macam banyak electric dan lens)
anda juga akan ambil Kimia 2 :
  1. Kimia 1 (macam SPM)
  2. Kimia 2 (senior kata susah giler. tu je saya boleh kata)
sini anda akan ambil 2 subjek Computer :
  1. Comp 1 (basic pasal computer la. belajar open office, component komputer, internet dan lain-lain)
  2. Comp 2 (boleh dikatakan silent killer subject untuk pelajar.)
 anda akan belajar programming C. dia boleh tahan la bagi saya, anda perlu critical thinking untuk solve problem dan ada assignment buat program sendiri dan saya perlu buat game Lingo. Ia mengambil masa 2hari tak tido.

disini anda akan ambil subjek islam :

  1. FIM @ basic theme of al-quran . insya-allah semua boleh pass. dan anda perlu hafal dua muka surat last surah Al-Furqan.
jika anda daripada sekolah biasa anda akan ambil
  1. UI @ understanding islam (saya tak ambil lagi. tak tau la belajar apa)
  2. jika anda dari sekolah agama anda akan ambil RIM

PERHATIAN
  1. jika pointer anda bawah 1.67 anda akan ditendang (okay baik sikit..ditolak dengan baik)
  2. untuk masuk main campus bagi engineering. minimum pointer 2.5 (dah naik daripada 2.3)
SEKIAN


27 Jejak Pembaca:

  • -ImanAzlan- said...

    abang, saya nak tanya, macamana nak apply UIA? kalau saya masuk UIA kena pakai jubah dengan serban ye?

    kalau main bola pakai seluar pendek boleh?

    /ayattipikal

  • ZuL Pang said...

    lulz...untuk menjawab pertanyaan adik

    nak apply UIA..kat UPU kan ada.

    mana ade kene pakai jubah+serban
    gi kelas dress code
    seluar slack,kasut hitam, baju kemeja

    saya main bola pakai seluar 3suku

    thanks

  • nashsazwina said...

    abang zul..doakan sy pas exem ept and apt yer...takot la...saye dpt msuk sane...asasi kejuruteraan and sains komputer..

    jenguk saya sini
    http://sayegadis.blogspot.com

  • Seif Khales said...

    Bro, xde tips ke nak esempted APT & EPT tuu,.,, ramai org kata susah la nk exempted.. so,, alang2 bro pernah exempted tu,, bg la tips2 dia.. huhu.. 1 lg mau tnya,, laptop utk asasi kat UIA tu satu kperluan tak? Em, yg bro kata buat game Lingo smpai 2 hari xtdo tu,, buat kat lab dia ke? xkan bleh tdo kat situ kot.. hihihi.. maaf, skadar bertanya..

  • ZuL Pang said...

    sori kerna lambat balas.

    kpd

    missxx : xtaw la berapa minimum nk masuk sini. ikut course la. ade yg 2A pon bleh masuk

    nashsazwina : ok2... abg akan doakan yg terbaik buat kamu. ni nk amik engineering la kan. tgk kt profile, minat engineering dgn photography. same la kita

    seif khales :

    tips utk APT :
    ~kalo mmg da lupe or xde basic. tips dia. tulis name..tunggu 15minit..keluar.
    ~kalo ade basic smpai skola menengah. refresh2 la kan.


    utk EPT..

    ~reading : macam reading EST la. bleh tahan pening nk cari jwpn. jgn risau..insyaALlah bleh jumpa jwpn nye


    ~utk writing : opinion based essay. gi google.

    yg tu xbuat kt lab. buat kt bilik. utk computer II (programming). kene ada laptop. sbb nk buat exercise kene ade laptop.

    thanks kpd yg membaca

  • Aishah Shahrim said...

    terima kasih sebab share pengalaman dengan kami.InsyaAllah saya akan pergi sana untuk buat asasi kejuruteraan juga.Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan doakan kami yang akan bermula perjalanan hidup kami di sana~

  • gumi-Ho said...

    huhuhu, assalamualaikum sy dpt asasi kejuruteraan n sains komp dkt pj, sy nak tukar kos econs...tp kos econs tu kat gombak kan,so cm mne??? pengurusan nk tukar hostel semua... boleh xplain tak??? please...btw, thank u 4 d info..really help me alot

  • Xpert Wiz said...

    ni time 2011 ni, sekarang tak tahu macam mana dah. Dengar cerita asasi PJ nk fully closed dah.

    APT tu, arabic placement test. nak test arabic kita macam mana. kalau tak reti tu, tak payah nak berhempas pulas sebab test ni nak tahu level arabic language kita. Nanti nak tempatkan kat kelas bahasa arab ikut level.

    kalau bayaran tu, macam biasa la, masuk mana2 institusi memang ada bayaran pendaftaran. tak ingat dah berapa RM

  • Anonymous said...

    Assalamualaikum.. Nk tnya klau dpt asasi kejuruteraan dan sains komputer tk semestinya kte mnjurus kpda engineer computer kan?!

  • Xpert Wiz said...

    Waalaikumussalam,

    asasi kejuruteraan dgn sains komputer, bila adik dah habis asasi tu, nanti bleh pilih nak majoring engineering apa yg adik nak. ataupon adik nak masuk bidang ICT.

    boleh try tgk dekat http://www.iium.edu.my/programmes-courses#ug_it

    boleh tgk bahagian engineering, ada apa yang UIA offer,

    untuk ICT (information & communication tech),
    boleh tengok UIA offer apa.

    btw, abg dah abes dah belajar kt UIA ni. berguna jgk blog ni.

    tp dah out dated kot

  • Xpert Wiz said...

    waalaikumussalam, xde basic xpe. nanti ada APT (arabic placement test).
    Time exam tu. tulis nama, pastu tido. xpon nanti lect kasi keluar awal bagi yg mmg xde basic arab

    lepastu. akan ambil arabic language course. senang je.

Sila Tinggalkan Jejak Anda

 

©Copyright 2011 xpert_WiZ LiFe | TNB