Impian dan Harapan

Thursday, December 6, 2012 1 Jejak Pembaca
السلام عليكم

Impian dan Harapanku


**aku pon blur2 ape beza dua2 ni**


Sejak dari aku tingkatan satu lagi,
aku mempunyai impian,

**mase skola rendah xde la, sbb time tu angan2 semata mata. nak jadi power rangers la**

Tetapi,
 bila aku menempatkan diriku di sekolah menengah
ayahku memberitahu tentang mekatronik


**time tu aku pon xsure ape itu mekatronik.**
bunyi macam sedap sbb well time tu org yg sebaya dgn aku masih lagi xde cita2 
or
cita2 mereka too general (ex: pilot, cikgu, askar)



Mulai hari itu,
 aku memilih untuk menjadikan mekatronik
sebagai cita-citaku


Aku belajar bersungguh-sungguh
 ketika PMR dan SPM


**xde la sungguh mana pon. same je mcm org lain**


Dengan hasil titik peluhku,
berjaya jua aku masuk ke asasi
dalam bidang kejuruteraan


Demi untuk menempatkan diriku dalam Mekatronik
aku perlu bersaing dengan kawanku yang bijak pandai
kerna mekatronik ialah yang kedua susah untuk masuk
selepas Aerospace


**basically, kena study hard la, dpt pointer tinggi**
once again, aku study mcm biasa je



Bila keputusan keluar,
 Alhamdulillah
aku berjaya menjejakkan kakiku ke menara gading
dan
berjaya mencapai cita2 ku untuk mekatronik


**time aku tanam cita2 tu,**
ak xkata aku nak kerja mekatronik.
aku just ckp "mekatronik" sbg cita2 aku
so, now aku dah "mekatronik"


Kemudian, 
impian ku terhenti,
ke mencari impian yang baru selama 2 sem di UiA.
masihku tak jumpa.


**ak basically mcm x tahu aku belajar utk apa. xde tujuan**

Walaupun,
 Lecturer UNGS aku berkali-kali
memperingati kami bahawa
belajarlah untuk Allah


**free2 je dapat pahala**
sbb org skrg belajar nk degree, gaji besar, pangkat besar



Tetapi
 imanku tak cukup kuat untuk beristiqamah dalam perkara tersebut.



Alhamdulillah 
pada sem ni (Sem 3)
aku sudah jumpa cahaya untuk mengeluarkan aku dari kegelapan ini.



Demi untuk menyempurnkan separuh dari agamaku kelak,
aku perlu belajar bersungguh-sungguh dan melengkapkan diriku sepenuhnya



Aku berharap dengan memasang niat ini,
aku dapat belajar kerna Allah.

THE END

sedikit renungan :

"Apabila seorang lelaki berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Kemudiab, dia harus takut kepada Allah dengan baki separuhnya." (Bukhari)




1 Jejak Pembaca:

Sila Tinggalkan Jejak Anda

 

©Copyright 2011 xpert_WiZ LiFe | TNB